Sejarah kalkulator
Kalkulator berasal dari negara Perancis. Ia dicipta oleh Colmur pada tahun 1820. Bagaimana pun, kalkulator lebih sempurna untuk mengira permasalahan empatoperasi adalah dicipta oleh Boldwin dari Amerika Syarikat pada tahun 1875. Sejak itu, beberapamodel baru muncul dari masa ke semasa dan sehingga hari ini. Kalkulator moden bukan
sahaja terhad untuk mengira permasalahan empat operasi tetapi juga untuk mendapatkan
hasil punca, kuasa, dan permasalahan statistik.
Kalkulator adalah suatu alat mengira yang menggunakan teknologi moden untuk mendapatkan jawapan yangtepat dan cepat daripada masalah empat operasi (tambah, tolak, darab, dan bahagi) dan juga nilai daripada berbagai-bagai fungsi trigonometri dan logaritma.
Apa itu matematik?
Sebelum kita membincangkan lebih lanjut mengenai kalkulator, terlebih dahulu maksud matematik seharusnya diketahui.
ROMBERG (1988) mengatakan:
“ Answers to these fundamental question help clarify for both educators and the public what mathematics is really about- what studies, how it operates, and what it is good for.”
“Appropriate answers would provide a convincing platform on which erect a new mathematics curiculum of the 21 st which children would be introduced not as logic to the traditional themes of number and space, but also to many newer themes such as logic, chance, computation and statistics. – NRC (1990).
Matematik adalah sains pemerhatian, jumpaan, ramalan/jangkaan, dan
penyelidikan yang merupakan sebahagian dari kaedah sains tulen. Cuba jaya, hipotesis dan penyiasatan, pengukuran, dan klasifikasi adalah sebahagian daripada seni matematik yang patut diajar di sekolah.
Matematik bukan hanya setakat memahami sahaja tetapi perlu dari segi penggunaan matematik. Kalkulator dan komputer adalah sebahagian daripada alatan yang perlu dalam makmal matematik, ia juga adalah punca data (scientific experiments, demographic data, opinion polls), bahan bagi pemerhatian dan pengukuran (dice, blocks, balls) dan alat bagi pembinaan ( pembaris, string, jangka lukis, dan kertas graf).
CABARAN PENGGUNAAN KALKULATOR DALAM MATEMATIK
JOHN Costello (1992) dalam rencana beliau yang bertajuk “ A Failed Revolution”’ menyatakan bahawa sejak tahun 1962 hingga 1965 isu penggunaan kalkulator dalam matematik telah diterbitkan dalam setiap terbitan Mathematics Teaching tetapi akhirnya ia merupakan “Calculator have made remarkably little impact on school mathematics”. Begitu juga yang terjadi di Malaysia dalam Berita Matematik terbitan Pusat Perkembangan Kurikulum mengenai isu penggunaan kalkulator telah telah menjadi sepi.
Cabaran yang menghantui masyarakat kita ialah mengenai penggunaan kalkulator dalam matematik adalah di antaranya:
* Malas untuk berfikir.
* Kurang faham penggunaan algoritma dan konsep asas nombor.
Mengikut laporan Cockfort 1982, Penyataan 378 menyatakan penggunaan kalkulator dalam matematik tidak akan menjejaskan kemampuan murid membuat pengiraan secara congak atau bertulis. Penggunaan kalkulator mesti mampu berfikir dalam menentukan operasi yang sesuai untuk digunakan. Kajian yang dijalankan oleh Hembree dan Dessert (1986) ke atas 79 kajian kesan penggunaan kalkulator dalam pencapaian prestasi matematik didapati:
§Pelajar yang menggunakan kalkulator dan pengajaran tradisi tidak menjejaskan kemahiran mereka dalam penggunaan algoritma. Malah, ia mempertingkatkan lagi pelajar sederhana dalam empat operasi dan penyelesaian masalah.
§Sikap positif terhadap matapelajaran matematik dan membina keyakinan diri yang tinggi daripada rakan yang tidak menggunakan kalkulator.
MASA YANG PALING SESUAI UNTUK PENGGUNAAN KALKULATOR
Kemajuan teknologi telah membawa banyak perubahan dalam kehidupan seharian kita. Perubahan yang membawa kepada kehidupan yang lebih mudah, senang, dan produktif. Tetapi, pelajar sekolah rendah di negara ini masih lagi belajar dengan cara yang panjang menggunakan algoritma kertas dan pensil sedangkan pelajar di sekolah-sekolah negara barat telah pun menggunakan cara ini sejak sekian lama. Hasilnya, mereka telah berjaya menjadikan pengajaran dan pembelajaran matematik lebih bermakna serta berkesan kepada pelajar seperti yang telah dilakukan di Australia. Pelajar telah diberi peluang atau “hands on” untuk mengira sesuatu operasi atau perkara yang melibatkan kuasa dua.
Soalannya, mengapa revolusi ini tidak ada dalam kurikulum pendidikan di negara kita sedangkan kita tahu perubahan yang dibawa oleh kemajuan teknologi. Mengapa tidak digunakan kalkulator dalam pendidikan secara keseluruhannya sedangkan kita menggunakan kalkulator dalam kehidupan seharian.
“ The low cost of calculators, computers and related new technology has already changed the nature of business, industry, government and the military. Why shouldn’t this revolution affect classroom instruction, too? “ – SCHOOL Mathematics : Options for the 1990s.
Apakah halangan dalam penggunaan kalkulator dalam pendidikan matematik? Masalah harga kalkulator pada zaman ini tidak lagi menjadi masalah walaupun bagi daerah yang terpencil dengan harga di bawah RM5.00. Pihak sekolah boleh menyarankan pelajar mempunyai bahan sebagaimana alat tulis yang lain. Jika yang tidak berkemampuan,pihak sekolah masih boleh menanggung kosnya memandangkan harga yang tidak mahal. Selain itu, halangan dalam penggunaan ialah siapakah yang patut menggunakannya kerana ia boleh digunakan dalam penyelesaian masalah, anggaran, dan kiraan congak.
Para cendikiawan dan pendidik lebih memberatkan penggunaan komputer dari kalkulator sedangkan ia sepatutnya seiiring dalam kurikulum pendidikan. National of Teachers of Mathematics berpendapat perlu ditukar penggunaan alatan pensil dan kertas bersama-sama kalkulator dan komputer sebagai alat dalam kurikulum sekolah rendah dan menengah memandangkan ia membolehkan pelajar berfikir dan menyelesaikan masalah. Pihak guru, pentadbir dan ibubapa perlu mengalami perubahan tanggapan dan pemahaman tentang penggunaan kertas dan pensil kepada kalkulator.
“ The school curriculum, however is a conservative social institution. In this context, decisive change, eve though based on logical argument and research is likely to be raised. Some aspects of school activity are treasured as fundamental; and proposals which appear to devalue these aspects encounter a backlash off personal and politicalprejudice and something called ‘common sense’“ –Costello, 1993 p23
Penilaian dalam pencapaian matematik harus berubah. Lebih penting ibu bapa dan komuniti pendidikan perlu bekerjasama dalam membentuk kurikulum penggunaan kalkulator dalam pendidikan matematik. Komuniti pendidikan harus berhenti dari menafikan penggunaan kalkulator sebagai alat proses pengajaran dan pembelajaran dan dimulakan penggunaannya sekarang.
LANGKAH-LANGKAH PERMULAAN DALAM BILIK DARJAH
Pada permulaan pelajar harus diperkenalkan dengan cara penggunaan kalkulator yang wajar dan batas-batasannya. Pelajar yang lemah boleh menumpukan perhatian kepada aplikasikonsep dan penyelesaian masalah. Mereka tidak akan diganggu oleh kesukaran membuat kiraan yang panjang lebar. Penggunaan kalkulator membuatkan penerokaan idea baru dalam matematik. Pelajar diberi peluang meneroka idea matematik baru akan menjadi lebih yakin dan berminat. Di United Kingdom satu projek yang dipanggil Projek “ Calculator Aware Number” (CAN) telah dijalankan pada tahun 1985. Ia bertujuan mempelbagaikan kaedah pengajaran matematik di sekolah rendah. Guru digalakkan memberi aktiviti yang bercorak secara “open ended” daripada corak struktur.
“Children, even the less able, who previously have been confined to members less than 10 or 20, quickly brought large numbers into their calculations.” Janet Duffin 1992, penilai projek CAN.
Pelajar yang menggunakan kalkulator terdedah lebih awal dalam konsep perpuluhan dan nombor negatif.
Groves 1991, p7 – “ the calculator……….Tells me that children are capable of much more than we expected from them”.
Shuard, 1991 – “ The teacher became much more of a participator and motivato, rather than an instructor”.
Bernard R. Yvon – Compelling case for Calculators – Arithmatic Teacher Volume 381990/91 menyatakan kelebihan/ bonus dalam penggunaan kalkulator dalam matematik ialah:
§Sikap yang positif dalam matematik.
-pelajar akan merasa seronok dengan matematik “ seeing the beauty and enjoying the fun of mathematics”.
§Membina keyakinan diri:
-sebagai alat motivasi untuk pelajar sebagaimana seorang tukang kayu yang dapat mengukir kayunya dengan baik dan cepat jika mempunyai peralatan yang cukup.
* Boleh berdikari:
-pelajar dapat belajar secara penyiasatan sendirian dengan penggunaan kalkulator.
* Pengukuhan dalam skil jangkaan.
* Penyiasatan yang mudah:
- Pelajar boleh menyiasat sendiri jawapan dengan kaedah tanpa perlu bantuan guru.
* Kerjasama dan tanggung jawab:
-pelajar lebih bertanggung jawab apabila diarah untuk menjaga keselamatan alatan.
KESIMPULAN
Penggunaan alatan seperti kalkulator memberikan banyak kelebihan dan keberkesanan dalam pengajaran matematik di sekolah menengah atau sekolah rendah. Namun, penggunaannya di negara kita hanya terbatas di peringkat menengah atas sahaja sedangkan negara-negara di eropah telah menggunakannya dalam pengajaran di peringkat awal sekolah rendah lagi. Guru-guru harus memandang ke hadapan agar mereka tidak terperangkap apabila permasalahan dan situasi terbit menerusi kalkulator. Sama ada bersedia atau tidak, pelajar akan membawa kalkulator ke kelas dan mula bertanya soalan-soalan. Sama ada sesuatu aktiviti itu melibatkan pengetahuan sedia ada pelajar atau mencari pola -pola nombor abstrak, kalkulator mampu menjadikannya lebih mudah dikenali. Kalkulator sebenarnya memberi laluan kepada guru untuk mempraktikkan pengajaran penyiasatan lebih daripada sebelum ini. Di samping itu, penggunaan kalkulator perlulah ditangani dengan sebaik-baiknya agar keberkesanannya benar-benar berguna kepada pelajar dalam proses penerimaan ilmu pengetahuan.
RUJUKAN / BIBLIOGRAFI
Lim Chap Sam – 1986, Penggunaan kalkulator dalam pengajaran dan pembelajaran sekolah menengah harus digalakkan. Berita Matematik No 31 April 1986, Pusat Perkembangan Kurikulum.
Hembree. R and Dessart, DJ-1986, Effect of hand held calculators in precollege mathematics education, Mac 1986.
Jurnal Arithmetic Teacher Volume 38, 1990/91.
Jurnal Arithmetic Teacher Volume 34, Sept 1986 – March 1987
Wheatley, G. Shumway. R Coburn. T. Reys, R. Schoen, H. Wheatly, c and White A (1979), calculators in elementary schools. Arithmetic Teacher, 27 September 1979
Groves, Susie- 1991, Calculators as an agent for change in teaching of primary mathematics, the Victoria college Calculator Project.
Shuard, Hilary- 1991, calculators, children and mathematics.
yang menjadi pertanyaan….
kenapa dibuatny kalkulator malah membuat generasi kita jauh lebih bodoh…..????






















jual kalkulator scientific :
fx-350 ms = 95 ribu
fx-115 ms = 150 ribu
fx-570 ms = 150 ribu
fx-82 es = 105 ribu
fx-350 es = 105 ribu
fx-3950 p = 250 ribu ( bisa di program )
exclude ongkir